Thursday, November 8, 2012

PETUA MANDI SEBELUM SUBUH !

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

Thursday, October 18, 2012

SUSU UNTUK KEHIDUPAN




Susu Untuk Kehidupan

- Susu terbaik selepas susu ibu
- Tidak menyebabkan alahan
- Menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali
- Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Melancarkan sistem penghadaman & usus
- Membantu mengubati Kanser, Demam Kuning, Gastrik, Ulser, Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Sukar Tidur
- Membantu merawat Senggugut, Darah Tinggi, Lemah Jantung, Kencing Manis, Batuk Kering, Gout, dll
- Mengimbangi gula dalam darah & Kolesterol
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
- Tidak menyebabkan kahak
- Memulihkan tenaga batin
- Awet muda


Kelebihan Susu Kambing berbanding Susu Lembu

1. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:

    - Protein 2.1 kali ganda
    - Zat Besi 2.0 kali ganda
    - Vitamin A 3.8 kali ganda
    - Kalsium 2.2 kali ganda
    - Potassium 2.1 kali ganda
    - Garam Galian 2.0 kali ganda
    - Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

2. Tidak mengandungi Protein Kompleks iaitu Alpha-casein & Beta-casein Protein (penyebab utama alahan)

3. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu

4. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu

5. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam.

6. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.


Mengapa HiGoat Unik?

- Penyediaan mudah dan segera
- Sesuai untuk semua
- Bau yang menyenangkan
- Tanpa gula
- Tiada bahan awet dan pewarna
- Tiada bahan tambahan


Cara Penyediaan

 - Untuk secawan susu yang enak lagi menyegarkan, bancuh 1 paket HiGoat dengan 200 ml air suam
- Disyorkan 1 - 2 paket sehari
- HiGoat boleh dibancuh dengan serbuk koko, dicampur ke dalam puding, dibuat shake susu dan lain-lain
- Gunakan air suam kira-kira (60 C) sahaja ketika membancuh susu
- Untuk menambahkan kemanisan dan kelazatan, campurkan 1 sudu besar Madu Syifa' bersama susu ini. 


Kuantiti: 15 Paket setiap 1 Kotak
Berat Bersih: 21 Gram setiap 1 Paket


Friday, September 7, 2012

CUBA TAMAR KOKO LEPAS RAYA

Sejak seminggu ini, saya minum Herbalife perisa vanila, goncang dgn air bliss perisa strawberi. (Simpan peti sejuk tempat ais). Waktu buka, minum dua-tiga teguk saja, risau kan tak termakan nasi. Lepas isyak saya sambung minum lagi ... lebih kurang satu gelas saja untuk satu malam tu. Alhamdulillah, sangat kenyang. Kalau nak fresh, blend buah strawberi. Sedap, sejuk je masuk tekak. Insya-Allah, tiada masalah kelaparan di siang hari.


Air manis ketika bersahur, koko kurma. Di samping air suam, dan buah kurma. (Buah kurma saya mesti makan ketika berbuka, sebelum tidur dan bersahur).

Semoga kita terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Insya-Allah.... (**Dua hari saya tinggal puasa iaitu pada minggu pertama Ramadan, tak tahan sangat2!)

Sunday, July 22, 2012

SURAH KEKAYAAN !


Membaca SURAH AL-WAQIAH -
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir). -
Sabda Rasulullah SAW:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

Monday, April 23, 2012

TIP BERKENAAN SAKIT BATU KARANG

Berdasarkan  pengalaman seorang kawan -
Mengikut Turutan

1) Korang kencing kotor dan berdarah secara tiba-tiba.
2) Sakit pinggang dan belakang yang agak teruk.
3) Sakit memulas-mulas di bahagian bawah badan, dada ke ari-ari. And yes, macam bini korang nak beranak..
4) Doktor akan bagi ubat kalau pergi ke klinik biasa.
5) Lepas tu alat sulit korang akan rasa ngilu dan macam dihiris-hiris walaupun kencing dah tak kotor.
6) Sekali sekala sakit dan kencing macam berpasir pulak..
6) Bila kena, mintak pain killer!!

So pergila specialist

1) Dia ada 3 option - laser, operate tebuk buah pinggang & Ureteroscopic Stone Removal.
2) Ureteroscopic Stone Removal akan dibuat kalau batu sudah di ureter. Caranya ialah dengan memasukkan alatan melalui salur kencing yang kecik di alat sulit korang, lepas tu dia akan pecahkan batu dan tinggalkan stent dalam ureter for at least 2 minggu.
3) Exactly lepas operation ni korang akan rasa nak kencing. Alat sulit luka, berdarah dan of coursela sakit. Air kencing keluar macam air paip.. Dua ke tiga kali. Lepas tu kencing berdarah dalam seminggu tapi dah tak sakit sangatla..
4) Stent akan diremove dan dalam case aku, tak sakit sangat kencingnya.. Sakit masa kencing yang 5 pertama.

Jagalah pemakanan, berhenti merokok, amalkan hidup sihat

Friday, January 6, 2012

PASTIKAN ANAK BERAGAMA AGAR BERAKHLAK

PASTIKAN ANAK KITA BERAGAMA DAN BERAKHLAK

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya
Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. ... Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. ... Anak yang begini mudah mengatur hidupnya sendiri tanpa banyak menyusahkan ibu bapa. .

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw:

"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi.