Sebagai pengetahuan kita,
partikel-partikel boleh wujud dalam kuantiti yang banyak serta
berkelompok dan akan menyebabkan pancaran cahaya matahari ke bumi
tersekat. Hal ini akan menyebabkan jarak pandangan mata kasar akan
berkurang.
Seterusnya, jerebu yang berpanjangan
akan menyebabkan kesihatan terjejas terutamanya kepada golongan
kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mempunyai penyakit seperti
bronkitis, asma, penyakit paru-paru kronik, jantung, perokok dan
individu yang bekerja di luar pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang
demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan
yang stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam kawasan kita.
Terdapat beberapa tanda akibat Jerebu
yang boleh mengancam kesihatan sesorang individu. Antara kesan-kesan
tersebut adalah individu akan mengalami gatal-gatal di bahagian
kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah merasasukat
untuk bernafas atau mengalam sesak nafas.
Kesan-kesan seterusnya adalah hidung
berair, kerap bersin, mata pedih dan berair, sakit dada dan kulit badan
akan merasa gatal. Jika anda mengalami simptom-simptom demikian adalah
digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital
yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Hal ini adalah amat penting untuk
memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan
masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut
kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.
Masyarakat haruslah berusaha mencegah
penyakit akibat keadaan jerebu yang berikut. Antara tips kesihatan atau
nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu ialah jika mengalami penyakit
asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka hendaklah membuat
pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan penyakit
bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti
yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah
masyarakat digalakkan untuk menggunakan penutup hidung yang dikenali
sebagai “nasal mask” terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah,
pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan ancaman mereka yang
termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi untuk mendapat
penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam rumah
yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat
sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan berada di luar kawasan
rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan membimbangkan. Seterusnya,
masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih yang banyak ketika
keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang diberikan amat
penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu berlaku.