Friday, April 26, 2013

PETUA KEMPIS PERUT !


 Petua kempiskan perut turun temurun tanpa guna sit ups 


Masalah perut buncit selalu dihadapi oleh kita tak kira lelaki atau perempuan. Kepada mereka yang dah banyak cuba cara senaman atau menggunakan produk perlangsingan tetapi tidak mujarab, boleh cuba petua yang akan kami berikan ini. Selalunya kalau nak perut kempis kita kena buat sit ups kan? Tapi serius, sit ups adalah senaman yang paling ramai orang tak suka. Hehe. Jadi dalam petua yang kami nak bagi ni ada cara yang berkesan untuk mengempiskan perut tanpa harus buat sit ups.

Perut buncit

 Petua kempiskan perut turun temurun tanpa guna sit ups - Terbakor

Petua hilangkan perut buncit

Ini adalah tips yang saya paling suka sebab tak perlu nak buat ‘sits up’ yang memenatkan. Dan yang paling penting sambil duduk main facebook (atau tengah pam pun)still boleh amalkan tips ini. *Hihi* 
Ini cara2nya:
1. Kempiskan perut anda seberapa kempis yang boleh.
2. Tahan selama 10 saat(atau lebih).
3. Lepaskan.
4. Ulangi langkah2 di atas sebanyak 8 kali dan lebih. 
In fact, sewaktu anda baca post ini, anda boleh kempiskan perut dan tahan 10 saat. Bila diulangi lebih dari 8 kali, anda boleh rasakan ‘effect’ seperti buat sit ups. Mudah sangatkan? Technically, kita mahukan perut berasa ‘letih’. Ini akan membantu pembakaran lemak supaya lebih mudah bertukar kepada muscle.
[Pernah tertanya tanya, kenapa aku masih gemuk walaupun dah cuba beratus jenis diet?]
Download laporan percuma ini ‘Kenapa Aku Masih Gemuk?’ Segala jawapan yang anda mahu ada di sini! 
Satu lagi cara adalah bancuh air teh tanpa gula, perah sebiji limau nipis dan masukkan ke dalam teh tadi. Amalkan dan lihat perut anda akan menjadi kempis.

Thursday, March 28, 2013

BILA BATUK ADA CARANYA !

Tak Dapat tidur bro.. Batuk.. Setiap orang mesti tak suka bila mereka sakit batuk dan lebih-lebih lagi jika ada kahak. Sungguh tak selesa rasanya bila ada kahak ni. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Petua Hilangkan Batuk dan Kahak.Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk dan kahak. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. :)



batuk Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 1
Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.



madu Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 2
Bahan:
1) Limau Kasturi – 1 biji (kalau limau nipis yg jenis byk air tu sehiris pun dah cukup)
2) Madu Lebah Asli
3) Halia 1 Inci
Cara-cara:
- Tumbuk halia sampai lumat, kemudian ambik jus nya
- Campurkan dengan madu & perahkan limau
- Campurkan semua dan minum



limau kasturijpg Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 3
Bahan:
1. limau kasturi + kicap
2. limau + madu
3. minum air rebusan epal merah
sudahnya lepas seminggu tu baik terus sebab amalkan petua ke 3 tu
tu pun dah tak rebus, makan mentah je setiap pagi
almaklumlah terlebih rajin…



air suam Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak

Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 4
1) Lemon/ limau nipis + madu
2) Gula2 fisherman’s friend makan satu demi satu secara berturut2 sebnyak 3 biji.
3) Limau kasturi + gula batu
4) Madu
5) Air limau nipis suam
6) Bunga lawang
Saya try selama 2 hari ni:
air limau nipis suam + madu biobarakah
madu biobarakah ni keluaran biosirih, dia campurkan pati minyak habbatus sauda.
dan pagi ni saya tambahkan ramuan gula batu juga.
Alhamdulillah, ni beransur baik.

Boleh ye cuba…
Air suam + limau nipis + madu + gula batu



bawang putih Tips dan Petua   Petua Cara Hilangkan Batuk dan Kahak



Petua Hilangkan Batuk dan Kahak 5
1) Makan bawang putih bakar, dalam dua ulas satu malam

Cara-cara:
Ambil seulas bawang putih dengan kulit nya. Cucuk dengan garfu pas tu bakar terus atas apa selama 2 minit.
Kemudian kupas kulit,di basuh dan makan, jika dah masak betul bawang tu.dia tak pedas. dia ranggup dan sedap untuk di kunyah macam makan gula (hehehe..xde la sampai mcm tu).

Sumber:Lepak.my

Thursday, November 8, 2012

PETUA MANDI SEBELUM SUBUH !

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

Thursday, October 18, 2012

SUSU UNTUK KEHIDUPAN




Susu Untuk Kehidupan

- Susu terbaik selepas susu ibu
- Tidak menyebabkan alahan
- Menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali
- Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan & ingatan
- Melancarkan sistem penghadaman & usus
- Membantu mengubati Kanser, Demam Kuning, Gastrik, Ulser, Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Sukar Tidur
- Membantu merawat Senggugut, Darah Tinggi, Lemah Jantung, Kencing Manis, Batuk Kering, Gout, dll
- Mengimbangi gula dalam darah & Kolesterol
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
- Tidak menyebabkan kahak
- Memulihkan tenaga batin
- Awet muda


Kelebihan Susu Kambing berbanding Susu Lembu

1. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:

    - Protein 2.1 kali ganda
    - Zat Besi 2.0 kali ganda
    - Vitamin A 3.8 kali ganda
    - Kalsium 2.2 kali ganda
    - Potassium 2.1 kali ganda
    - Garam Galian 2.0 kali ganda
    - Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

2. Tidak mengandungi Protein Kompleks iaitu Alpha-casein & Beta-casein Protein (penyebab utama alahan)

3. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu

4. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu

5. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan 2 jam.

6. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.


Mengapa HiGoat Unik?

- Penyediaan mudah dan segera
- Sesuai untuk semua
- Bau yang menyenangkan
- Tanpa gula
- Tiada bahan awet dan pewarna
- Tiada bahan tambahan


Cara Penyediaan

 - Untuk secawan susu yang enak lagi menyegarkan, bancuh 1 paket HiGoat dengan 200 ml air suam
- Disyorkan 1 - 2 paket sehari
- HiGoat boleh dibancuh dengan serbuk koko, dicampur ke dalam puding, dibuat shake susu dan lain-lain
- Gunakan air suam kira-kira (60 C) sahaja ketika membancuh susu
- Untuk menambahkan kemanisan dan kelazatan, campurkan 1 sudu besar Madu Syifa' bersama susu ini. 


Kuantiti: 15 Paket setiap 1 Kotak
Berat Bersih: 21 Gram setiap 1 Paket


Friday, September 7, 2012

CUBA TAMAR KOKO LEPAS RAYA

Sejak seminggu ini, saya minum Herbalife perisa vanila, goncang dgn air bliss perisa strawberi. (Simpan peti sejuk tempat ais). Waktu buka, minum dua-tiga teguk saja, risau kan tak termakan nasi. Lepas isyak saya sambung minum lagi ... lebih kurang satu gelas saja untuk satu malam tu. Alhamdulillah, sangat kenyang. Kalau nak fresh, blend buah strawberi. Sedap, sejuk je masuk tekak. Insya-Allah, tiada masalah kelaparan di siang hari.


Air manis ketika bersahur, koko kurma. Di samping air suam, dan buah kurma. (Buah kurma saya mesti makan ketika berbuka, sebelum tidur dan bersahur).

Semoga kita terus diberi kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Insya-Allah.... (**Dua hari saya tinggal puasa iaitu pada minggu pertama Ramadan, tak tahan sangat2!)

Sunday, July 22, 2012

SURAH KEKAYAAN !


Membaca SURAH AL-WAQIAH -
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة
“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir). -
Sabda Rasulullah SAW:
سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ
“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).