[UM] UMUM mengetahui kanser adalah antara penyakit kronik yang amat
digeruni oleh manusia seantero dunia. Terdapat lebih daripada 100 jenis
kanser dan lima yang utama antaranya ialah kanser paru-paru, perut,
hati, kolorektal dan tidak ketinggalan juga kanser payudara yang kekal
sebagai pembunuh utama wanita apabila terdapat 1.05 juta kes setiap
tahun di seluruh dunia. Menurut WHO, potensi untuk mendapat kanser boleh
dicegah sebanyak 30% jika masyarakat memberhentikan penggunaan tembakau
dan alkohol, mengamalkan diet yang seimbang dan menjalani gaya hidup
aktif dan sihat.
Kita sering mendengar pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubati."
Namun realitinya, seringkali berlaku di mana pesakit kanser hanya
menyedari bahawa mereka menghidap kanser apabila sudah berada di tahap
4. Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana
menganggap simptom tersebut akan hilang dengan sendirinya. Seharusnya,
mereka perlu membuat pemeriksaan awal bagi mendapatkan kepastian seperti
menjalani ujian kolonoskopi, mammogram, Prostate-Specific Antigen (PSA)
dan sebagainya.
BAGAIMANA VITAMIN B17 MEMBANTU?B17 boleh didapati pada 1200 jenis
tumbuh-tumbuhan terutamanya biji aprikot. Nutrien terpenting dalam biji
aprikot ialah Amygdalin atau Laetrile yang juga dikenali sebagai Vitamin
B17. B17 bertanggungjawab memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya
melalui perkumuhan. Berdasarkan buku yang bertajuk "World without
Cancer", tulisan G. Edward Griffin, biji aprikot mentah mempunyai
kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah
yang lain. Vitamin B17 mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya
ketahanan badan serta meningkatkan tahap kecerdasan kesihatan seseorang
individu. Malangnya, menurut Dr. Micheal Tait dari Australia, terdapat
bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan pengambilan vitamin B17 dalam
makanan seharian kita yang merupakan penyebab utama seseorang berisiko
mendapat kanser.
Vitamin B17 merupakan agen kimoterapi semulajadi. Ia terdiri daripada
glukosa, sianida dan benzaldehyde. Sianida dan benzaldehyde adalah
bersifat racun. Namun dalam Vitamin B17, ia terkunci rapat dan tidak
membahayakan. Ikatan ini hanya boleh dipecahkan dengan kehadiran enzim
Beta-Glucosidase. Enzim ini hanya boleh didapati pada sel kanser.
Apabila Vitamin B17 berada dalam tubuh badan, ia akan meliputi sel-sel
kanser dan seterusnya enzim ini akan menguraikan Vitamin B17 kepada
elemen Sianida, Benzaldehyde dan Glukosa. Elemen Sianida dan
Benzaldehyde ini akan membunuh sel kanser tersebut. Lebihan Vitamin B17
akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang
terdapat pada tubuh badan.
VITAMIN B17-KELEBIHAN KEPADA PENGAMALNYAKajian mengenai keberkesanan
Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh seorang pakar Biokimia
yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun 1950. Kajian susulan
juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk di mana di dalam
pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17 telah dimasukkan ke
dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat
sekali. Selain itu, penemuan ini turut mendapat perakuan daripada
beberapa saintis perubatan yang lain. Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu
seorang pakar kanser dari Jerman Barat. Melalui pengalaman beliau selama
20 tahun, beliau mendapati B17 sangat berkesan sebagai langkah
pencegahan kanser dan beliau turut mengakui tiada vitamin lain melainkan
B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.
Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal
Husin Wafa, seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua
Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot
mengandungi kandungan Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan
tumbuhan lain serta mampu meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya
membantu dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik
metabolik. Walaubagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji
aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat
dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh
menyebabkan keracunan terhadap tubuh badan. Beliau menggalakkan
pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada
100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal
yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan
dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah.
Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza di
Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet
utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka.
Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga
100 tahun.
Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr.
Ismail Lasa berkata, "Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat
membantu merencatkan perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan
perkembangan sel sihat di dalam tubuh badan." Salah seorang pesakit
kanser iaitu Pn Nur Akhma Nordin, 67 tahun telah disahkan menghidap
kanser kulit yang kronik pada 2004. Walaupun telah menjalani rawatan
konvensional, namun tiada sebarang perubahan. Pada 2005, beliau akhirnya
membuat keputusan untuk mengambil aprikot vitamin B17 sebagai langkah
alternatif. Selang beberapa bulan, kanser pada muka beliau bertukar
kemerahan serta beransur sembuh dan kesakitannya turut hilang.
No comments:
Post a Comment